repost :)
Parameter sekeping hati---> Jika aku jatuh cinta
jawapan 1 : ops, maaf dik, dalam course akak xda pulak silibus ni.. huhuhu..
jawapan 2 : urm, xnak bagi jatuh hati ye? angkat la hati tu tinggi-tinggi.
jawapan 3 : ................. (terblur seketika)
Ada yang mengatakan 'statistik menunjukkan perempuan Melayu amat mudah jatuh cinta'. Ini fakta yang masih diragui kesahihannya. Puncanya, sampai sekarang belum lagi berjumpa mana-mana kajian yang menyokong kenyataan di atas.
soalan saya : kenapa mesti jatuh cinta?
kata seorang mak cik yang baik hati : cinta itu fitrah,,
fitrah : normal : kebiasaan.
maka adakah orang yang tidak mempunyai perasaan untuk bercinta dianggap 'abnormal'?
---------- kembali kepada persoalan di atas --------------
bagaimana ya?
membenteng hati dari ditipu dengan panahan cinta yang tak pasti?
MENGENALPASTI PUNCA KEJADIAN
1. 'dia hensem, sebab tu saya suka'
' dia cantik macam artis, macam mana saya boleh tak tergoda'
ops! rupanya anda cuma sukakan kecantikannya sahaja. nanti bila kecantikan itu pergi.. masihkah punya rasa yang sama?
2, 'dia pandai buat kerja.. pandai itu & ini...'
'dia bijak & genius'
'pergh, soleh & solehah sungguh... tawaduk je saya tengok.. macam mana tak jatuh cinta?'
owh.. rupanya anda mengagumi kualiti diri yang ada padanya. kata Ustazah Ainal, itu bukan cinta. Itu cuma rasa kagum semata.
PENYELESAIANNYA
--- parameter sekeping hati ---
cuba check kembali hati, benarkah ada rasa cinta?
bak kata Ustazah (sila rujuk mane2 ustazah untuk sumber..) seandainya selepas 3 tahun kamu tidak bertemu dengan orang yang sama tetapi perasaannya tetap sama maka ianya boleh dikategorikan sebagai cinta. Namun, seandainya perasaan itu pergi dalam jarak masa tersebut, besar kemungkinannya ia cumalah perasaan kagum semata-mata.
PERNAH JATUH CINTA?
soalan aras tinggi ni. sila jawab dalam hati..
KENAPA PERSEPSI KITA HAMPIR SAMA NAMUN TAK SERUPA?
kamu : cinta itu penting.
saya : ya, cinta amat penting.
kamu : kenapa nampak seperti serik untuk bercinta.?
saya : maksudnya?
kamu : mengelak & menjauhkan diri.
saya : perlukah semua orang bercinta?
kamu : itu kan normal... fitrah?
saya : betul betul betul.. ha3.. normal la saya cinta pada Nya, rasul Nya, keluarga & semua kawan-kawan saya.. kakak-kakak senior & adik-adik junior yang best..
kamu : si dia?
saya : ops! siapakah?
kamu : plz, straight to the point..
saya : ok2.. xperlu.. xpenting..
kamu : itu kan sunnah?
~~~ dush!! macam biasa mesti kena serangan maut, ha3 ~~~
DI SEBALIK KEHIDUPAN
Lumrahnya, semua yang terjadi punya pelbagai sebab.
Betul x?
Kita, masing-masing punya sebab tersendiri.
SOCIAL STUDIES : VIRUS kah itu?(opss..teringat plak pada miss prema)^^
Ini antara subjek mesti lulus time foundation dulu-dulu.susah kot. Antara bab mesti khatam ialah Gender. Bila selak punya selak buku, baca & cari. Ternyata teramat dahsyat gender discrimination against women.. Pernah merasakan bahawa kadangkala encik-encik sekalian budget bagus amat.. Tapi bila difikirkan kembali, lelaki beriman bukan macam tu kan? Lihat sahaja superhero seperti nabi Muhammad, Umar, Mus'ab & banyak lagi. Mereka pelindung, mereka pembela.
'akak, tu zman dulu-dulu'
'dik, zaman sekarang pun ada. kalau benar-benar beriman & beramal, insha Allah dia tidak kan berlaku zalim'
MEMORI : CUTI INI : TEGURAN DARI ILLAHI
Seriously, cuti ini dalam sejarah.
Tiba-tiba merasakan bahawa cuti ini diri menjadi amat tua.
(xpe2, bak kata kak nailah, jiwa mesti muda.. kan kan?)
BAITUL MUSLIM,..
setiap kali isu ni dibangkitkan..
hati rasa macam.. oh no!! dah habis topik ke?
jom kita bincang tentang cara-cara meningkatkan iman ke, menjaga amal ke..
sampai 1 tahap..
i really need help ok.
WAJIB ke?
sebab untuk 'itu' tanggungjawabnya teramatlah berat. 'relationship is complicated'.. how you view that relationship?? ingat ceritera lovey dovey ke?? full with commitment u know.
me : live my own life : i love to be independent : love that freedom too much.
peringatan dari mak cik yang baik hati : '
kita rasa susah, tapi yang susah tu pahalanya berbeza.. pengorbanan yang dilipatgandakan ganjarannya.
peringatan dari sahabat sejati :
ingat x pesan ustazah raihanah waktu kita form 1 dulu? kalaupun x nak, jangan lupa berdoa. at least nanti bila Allah uji kita lebih bersedia..
JIKA AKU JATUH CINTA
--- tajuk ini provokasi semata ---
me? the only answer will be the past is deep.
i'm finding, searching & longing for my long lost angel.
to see him once again forever will be the biggest mission throughout my life.
dia yang sentiasa di sisi.
dia yang jauh di mata namun dekat di hati.
dia.. perginya tiada pengganti.
& sungguh, bila jatuh cinta padanya.. terasa sukar untuk bangun kembali selepas dia pergi.
bila terasa kehilangan.
terasa masa depan kian kelam.
terasa hilang tempat meluah rasa.
perginya bersama seluruh kekuatan yang pernah terbina.
untuk bangun menapak kembali bukan mudah,
namun, bukan juga mustahil.
membina kembali harapan yang kian sirna,
mengutip kembali kekuatan yang tersisa.
akhirnya ; perginya menjadi penguat hati..
katakan pada hati : dia tidak pergi.
dia masih di sisi, dekat di hati.
semangatnya masih hidup, nasihatnya masih terngiang-ngiang.
bila hati terasa sebak melihatkan kehidupan yang berputar 360 darjah,
dia seakan-akan berbisik, 'teruskan kehidupan sebaiknya, moga bertemu di sana'
Me?
--- saya bersyukur Allah berikan hati seperti ini ---
biar hati jelas apa yang dia suka atau tidak. walaupun dipanggil 'heartless, android x berperasaan'
paling kurang, dia jelas kenapa dia lenyapkan perasaan itu.
--- finding him.. please pray for me ---
PENUTUP : JATUH CINTA?? CINTAKAN ILLAHI, Insha Allah x pernah rugi :)