-->
skip to main | skip to sidebar

cikcah:)

Monday, June 18, 2012

heyho:)

assalamualaikum:)
hee lame rasenye ta mnconteng arang di blog ini:) hee, biaselah, sibuk dengan final, kelas dan etc. hai anda yg tekun menstalks sy:) okay tahu perasan ye! haha

"kalau awak nak saya, awas! jngan dekat. dapatkan secara terhormat. Saya ada wali" -Fatimah Syarhah :')
okay perasan :P

 eh awak ,
 Jangan takut dilabel sebagai "ustazah" tak salah pun, bahkan mereka yang suka melabel itu yang kurang ilmu tentang hak seorang muslimah :)

tapi janganlah
"Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" <- kata-kata yg dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah.


awak nak tahu dok?

Bila kita niat nak berubah baik, insyaALLAH, ALLAH Taala akan tolong dan akan datangkan kawan-kawan yang baik buat kita :)

n awak :) tahu kan?
Jika kita ingin mengetahui nilai kita di sisi Allah SWT, maka kita perlu melihat kepada apa yang sedang kita lakukan dengan kehidupan kita.

so sahabat? dun worry, put all your strength to chnge:) go ill support all my friends insyaAllah. believe me:) 
so goodluck for your last payyyyyper tuh kan! while im still crawling for another 2 more papers lah. wuu, then kene stay UTM sbb ade hal. :) tape, berkorban. 




"ya Allah aku mohon, kau jagalah hati ini dari persaan ujub takbur riak, dan kau penuhi lah ia dengan keikhlasan:) jauhkan aku dari sifat munafik, kerana aku takut akan seksa sang munafik ini ya Allah. berkatilah perjalan hidupku, pelihara lah hati ini dari sangka buruk, peliharakan lah dari perkara-perkara maksiat itu ya Allah. kuatkan hati, cahayakan lah ia dengan cahaya keimanan padamu, insyaAllah:) "




niqabistobe.insyaAllah:)




akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 12:20 AM 0 org cuet mencuet:)  

Wednesday, April 11, 2012

life must go on

even it hard to say that kami okay, wlupun act we are not... but we have to:) yang hidup masih perlu teruskan hidup. air mata kita, ta mmpu hidupkan yang telah pergi. hanya doa sahaja yang mampu kita berikan pada arwah:) kuatkan hati kita maseng2 ye?:) Allah bersama hamba-hambanya yang sabar.

jadikan hujan pada hari ini, sebagai pelangi untuk hari esok:)


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 9:47 AM 0 org cuet mencuet:)  

Sunday, April 8, 2012

nek...





setiap yang hidup akan pergi. setiap yang bernyawa akan pulang kepada pemiliknya. setiap yang kita sayang tidak akan kekal kecualo ALLAH..

tanggal 5/4/2012, jam 4 petang. saat yang paling mengugat hati kami sekeluarga. ketika itu, saya baru sahaja lepas kelas, dan sedang study untuk test pada hari esoknya. azan berkumandang, niat di hati mahu menunaikan solat. namun, phone berbunyi. 

ayah: awak esok ade kelas? 
cikcah: ada, nape yah?
ayah: nenek dah tade. awak nak balik? lau nak balik ayah ckp ng paklong
mngengam kain cadar smbil terduduk. menahan tangisan
cikcah: erm.. nak. t ayah bg nom paklong,
ayah: erm okay. t pape ayah call

meraung. merintih ditepi katil. Ya Allah! kenapa ta tnggu aishah balik dulu... T.T selama 3 mnggu aishah ta balik sbb nak tnggu cuti midsem baru pikir nak balik. tapi ajal nenek ta mnunggu aishah. nek. sesungguhnya aishah sgt rndu nenek.:'(
aishah kuatkan hati melangkah mngmbil air smbhyang. kuatkan hati menemui Allah dalam solatnya. solat smbil teresak menitiskan air mata sesalan, rindu dan sedih.. selesai solat, Fadzureen, seorang sahabat yang sejati, menemani di bilik. bahunya cikcah jadikan tempat berpaut, menangis sepenuhnya. thanks sahabat... kerana ada ketikaku memerlukan seseorang..
kemudian, di capai alquran. dan yasin di baca..

"yasin....walquran nurhakim.."smbil air mata menitis.. ya Allah.besarnya dugaan mu ya Allah. sehari sebelum pemergiannya, ayah ade bgtau nenek mcm nak pergi, tapi Alhamdulilah, ia hanya sangkaan ayah. dan cikcah pula berharap masa berlalu dengan pantas agar dpt jumpa nenek sebelum arwah pergi.
namun Allah lebih sygkan nenek. teringat malam tuh,.. bile smpi umah nenek, aishah terus, salam makcik. makcik terus peluk. kami sama2 menangis dalam pelukan. kemudiannya aku terus duduk sebelah jenazah. dalam hati hnya Allah sahaja yang tahu,. betapa aku perlukannya. "nek bgunlah. aishah rndu" itu yang terucap dlm hati ini ya Allah. malam tuh aishah hnya tidur untuk 1 jam lebih sahaja. bgun2 tidur, terus ke jenazah, mngaji. kerana itu punca kekuatan ku.


kemudian aishah mula tenang..tetapi air mula menitis tatkala ada saudara2 yang mebuka kain penutup muka jenazah nenek. ta snggup hati ini melihat nenek terkaku disitu... lebih sedih lagi ketika memandikannnya dan melihat orang-orang mula mngkafankannya. Ya allah, kuatkan hatiku ya Allah!

dan saat sedih lagi ketika mencium dahi arwah. nek, maafkan aishah. aishah tanak nanges. tapi air mata itu jatuh sndirinya, puas aishah kawal nek...

dan saat lebih sedih ketika imam membaca doa untuk nenek..
"ya Allah, kau tempatkan jenazah ini besama orang-orang yang beriman padamu ya Allah. beliau merupakan seorang anak yang solah, isteri yang sangat menghormati suaminya, ibu yang mampu menjaga anak-anaknya dengan baik, dan nenek yang penyayang. beliau murah dengan snyuman manisnya. maka ya Allah jadikan senyumannya sebagai ibadah"

sayu mendengar bacaan doa dr imam. rndu kenangan bersamanya. Ya Allah, aku REDHA. kau tempatkan nenek bersama orang yang beriman. ampunilah dosanya ya Allah. peliharalah hatiku. agar ta mudah meratapi kesedihan ini. ameen..
 
 It hurts to lose someone you love but i guess,Allah loves them the most,He wants to takecare of them,for us.May Allah bless their soul,Ameen
 
 
 
 
 
 


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 5:56 AM 0 org cuet mencuet:)  

Monday, April 2, 2012

sahabat

assalamualaikum, :)

“Tidak sempurna iman seseorang itu, jika ia tidak MENGASIHI saudaranya lebih dari ia kasih kepada dirinya sendiri!”
kita semua punya sahabat bukan? namun, adakah mereka sahabat sejati untuk kita? yang sanggup memimpin tangan kita apabila kita sesat, yang sanggup menarik bangun tangan kita apabila kita terjatuh, yang sanggup mengorbankan diri bagi melihat kebahagiaan sahabatnya? yang sanggup menghulurkan tangan membantu kita mengejar cinta Ilahi?

apabila kita memperkatakan tentang sahabat, pernahkah kalian menghina malah mencaci atau mengatakan keburukan sahabat kalian itu kepada orang lain? engat sahabat, membuka keaiban seseorang itu berat kesalahannya.boleh disimpulkan bahawa dengan melakukan sebegini ia umpama kalian makan daging sendiri.
jijik bukan? ya! mungkin, sahabat anda yang telah di caci dan hina itu tidak tahu menahu apa yang telah kalian lakukan, namun, tiada satu pun tersembunyi dari Allah. tidak malukah kalian pada Allah? kalian membuka aib sahabat kalian sendiri sedangkan mereka adalah sahabat kalian? maka jangan terkejut jika Allah membuka keaiban kalian lebih dari apa yang kalian lakukan.

ya! mungkin sahabat itu telah melakukan kesalahan. namun.. kalian sebagai seorang sahabat, mana daya kalian dalam memujuk dan menegur sahabat? jika kita sayangkan seseorang itu, kita tidak akan membiarkannya hanyut bukan? jika benar sahabat itu dikasihi dan sejati, maka tegurlah mereka dengan kata-kata yang sopan. bukan dengan kata mengherdik, marah hina, umpat , caci dan sebagainya. dengan cara ini, kita mampu  memperbaiki sesebuah perhubungan dan juga mengeratkan kembali tali persaudaraan kita:) dan sekaligus menghilangkan syak wasangka antara kita bukan? agree? :)

maka sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, mari kita pupuk hubungan ukhuwah yang lebih erat malah full of happiness. dan bukan dengan kepalsuan. persahabatan dengan kepalsuan itu sangat lah meaningless.

okay goodluck SKR-ians tok exam tmrw:) *walaupun ade 2 test tmrw! tabahkan hati:) wee,

aku cinta sahabatku kerana Allah, dan aku cinta sahabatku, kerana Islam, 
sesungguhnya persahabatan kerana Allah itu lebih indah:)
UKHUWAH FILLILAH :) 





akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 4:27 AM 0 org cuet mencuet:)  

Saturday, March 24, 2012

raef:)


Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight
Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better – made me a winner and,
I’m so glad to be Yours!
It’s my life that you own.
I start my journey when You forgive me
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I’m so glad that its fine
You are One truly kind…
You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain’t nothing You can’t do!
Because if I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!
And…Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can’t be the only one,
I bet there’s hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel…what I feel when I’m
With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!
I don’t want nobody else
Without You there’s no one left and,
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,
If I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!
Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!
And I will never try to deny,
That You are my life,
Because if You ever let me go I would die!
So, I won’t front!
I don’t need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I’ll be straight,
Rabbee I need you every day!
I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do?
I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight

"islam ta melarang hiburan, :) "


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 7:12 PM 0 org cuet mencuet:)  

Tuesday, March 20, 2012


maka bila mana kita mahu mebuka aib seseorang, engatlah satu, bila kita buka aib orang, Allah akan buka aib kita. 

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
An Nur 24:24

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 8:37 AM 0 org cuet mencuet:)  

anda sedih?

assalam:)

ketahui lah sahabat, ketika kita sedih, Allah adalah teman terbaik bagi meluahkan segalanya.
walau sesetengah pihak mempertikaikan "kita ta nmpk Allah, guane nak ngadu?"

melalui muttafaqun 'alaihi, sebuah hadith mengatakan bahawa,

" bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya sekalipun, sedarlah sebenarnya ia melihat engkau"
jelas, walau kita ta dapat melihat Allah, namun, engatlah Dia sentiasa melihat kita, memerhatikan segala gerak geri kita. menguji kita setiap masa.

 Jika kamu ingin berbicara dengan Allah, solat. Jika kamu ingin Allah berbicara denganmu, bacalah Al- Qur’an :)

 wallahualam:)


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 8:33 AM 0 org cuet mencuet:)  

Monday, March 19, 2012

ujian

ketika seseorang hamba itu cube mngejar cinta Ilahi, dia akan sentiasa di uji. tapi

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35] 
 bila Allah bg ujian pada kita, tandanya ia sedang mnguji kita. sabarlah duhai hati, mnjadi seorg pndakwah bukan mudah. byk dugaan kita hadapi. malah dr sahabar2 kita sndiri. berat rasa dada. kadang2, ta mmpu nak mnghadapinya bukan? tapi

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286] 

jelas dan nyata. sebenarnya bila kita cakap kita ta mampu, ta larat. act, Allah tahu kita larat. sesunggunya dia tahu semuanya. sabar ya. dugaan yg dihadapi Rasullulah itu lebih besar lg. Baginda pernah dibaling dengan tahi. kakinya terpijak duri, dihina dan sebagainya. namun baginda tetap bersabar. mmg lah bg sestgh org mereka akan mnjawab "itu nabi, bukan aku." tapi ta salah kan kita mnidolakan nabi?

sesungguhnya setiap org akan di uji. sabar dan redha. *memujuk hati. sabar ya aishah...
tapi dalam hati tetap berkata "akujugapunyahatiuntukdijaga." tapi tape duhai hati, Allah bersama org2 yg sabar.


byk sebenar ujian yg pernah kita hadapi. sebenarnya terdapat beberapa ujian yg telah dinyatakan buktinya di Alquran,


Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)



*diambil dari blog ini


يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153] 



maka bersbarlah hati. sabar ye? Allah kan ade:)


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 7:47 AM 0 org cuet mencuet:)  

Sunday, March 18, 2012

♥ PERNAHKAH ...?? ♥


PERNAHKAH...
Saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kamu terfikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?

♥ Itu Adalah Allah...
Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu...♥
(QS 4:114 , 2:195 , 28:77)

PERNAHKAH...
Saat kau sedang sedih... kecewa... tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?

♥ Itulah saatnya di mana Allah .. Sedang rindu padamu dan ingin
agar kamu berbicara padaNYA...♥
(QS 12:86)

PERNAHKAH...
Kamu tanpa sengaja memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kamu bertemu dengannya atau menerima panggilan telefon atau message darinya?

♥ Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu. Tidak ada namanya kebetulan...♥(QS 3:190-191)

PERNAHKAH...
Kamu mengharapkan sesuatu yang tidak terduga... yang selama ini kamu inginkan... tapi rasanya sulit untuk didapatkan?

♥ Itu adalah Allah...
Yang mengetahui dan mendengar suara batinmu... Dan hasil dari kebaikan yang kamu taburkan sebelumnya ♥
(QS 65:2-3)

PERNAHKAH...
Kau berada dalam situasi yang buntu... semua terasa begitu payah... begitu tidak menyenangkan... hambar... kosong... bahkan menakutkan...?

♥ Itu adalah saat di mana Allah mengijinkan kamu diuji, supaya kamu menyedari KeberadaanNYA. Dan Allah ingin mendengar rintihan dan doamu. Karena Dia tahu kamu sudah mulai melupakanNYA dalam kesenangan...♥
(QS 47:31 , 32:21)

Sering Allah mendemonstrasikan KASIH dan KUASANYA di dalam keadaan, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kau fikir tulisan ini hanya kebetulan terkirim padamu...?

TIDAK! Sekali lagi TIDAK ada yang kebetulan...

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu...

Rasakan kehadiran-Nya...

Dengarkan suara-Nya yang berkata:

♥"Jangan Khawatir ,AKU ada disini bersamamu..!"♥
(QS 2:214 , 2:186, 50:16)


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 3:57 AM 0 org cuet mencuet:)  

taubat

sesungguhnya yang baik datang dr ALLAH, dan yang buruk itu hadir dr kekhilafan sy sndiri..


"sesungguhya iblis pernah bertemu dengan Nabi Yahya, dan nabi yahya bertanya padanya. apakah 3 golongan tabiat manusia mngikut kamu?

  • golongan pertama dari manusia seperti kamu. Mereka terpelihara dari dosa
  • golongan kedua adalah mereka yg berda dlm gengaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak2 kamu. mereka mnyerah diri bulat-bulat kepada kami
  • golongan ketiga ialah golongan yg sgt sukar untuk kuasai mereka. kami menemui slaah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hasrat kami tetapi ia segera memohon keampunan dan beristigfar maka rosaklah apa yg kami dapatinya dr mereka. maka kami tetap tidak akan berputus asa utk mengodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai
sesungguhnya manusia itu tidak akan lari dari melakukan dosa. sudah mnjadi fitrah manusia, lemah iman. mudah terikut pada yg tidak sepatutnya. namun, mohon lah pada Allah, sesungguhnya Dia tahu apa yg terbaik buat kita. wallahualam


akan menaip lagi next time:)

keletihan terase lah cik si kerdil disisiNYA ketika detik 3:26 AM 0 org cuet mencuet:)  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Photobucket
UGLY cik cah:)
bachelor of chemical enginering-polymer
UTM :)
december 17 :)
Photobucket

hey meet them :)

Blog Archive

  • ▼ 2012 (10)
    • ▼ June (1)
      • heyho:)
    • ► April (3)
      • life must go on
      • nek...
      • sahabat
    • ► March (6)
      • raef:)
      • maka bila mana kita mahu mebuka aib seseorang, en...
      • anda sedih?
      • ujian
      • ♥ PERNAHKAH ...?? ♥PERNAHKAH...Saat kau duduk sant...
      • taubat
  • ► 2011 (21)
    • ► August (21)
Photobucket